Makin ramai di kalangan umat Islam yang bertanya-tanyakan apakah itu Hibah ? Ramai juga yang ingin hibahkan rumah, tanah, akaun bank dan sebagainya kepada orang yang mereka sayangi.
Sebenarnya, Apakah itu HIBAH ? HIBAH adalah salah satu instrumen perancangan kewangan dan harta pusaka untuk menghadiahkan sesuatu aset kepada sesiapa sahaja dengan sukarela dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hibah boleh dirancang semasa pemilik masih hidup dan dikuatkuasa selepas kematian pemilik. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Saling memberi hadiahlah kamu sekalian, agar kalian saling m Jom kita bincangkan Rukun-Rukun HIBAH supaya kita faham syarat-syarat yang wajib ada dalam perancangan HIBAH:
Pertama sekali, ianya mesti ada Pemberi. Adalah wajib untuk memastikan pemberi itu baligh, sempurna akal dan tidak muflis.
Kedua, ianya mesti ada Penerima. Penerima boleh sesiapa sahaja! Isteri, suami, ibu bapa, anak kandung, anak angkat, yang bukan bergama Islam dan ya, sesiapa sahaja! Seterusnya, kita perlu memastikan bahawa aset yang hendak dihibahkan itu adalah Halal dan Bernilai di sisi syarak, aset itu mesti wujud dan bebas hutang. Satu lagi yang penting, wajib adanya sambungan di antara Ijab dan Qabul.
Mengapa Nak Hibah?
Dengan adanya dokumen HIBAH, pemngagihan harta pusaka akan dipermudahkan. Ini khususnya bagi mereka-mereka yang ingin menghadiahkan aset seperti rumah, tanah dan wang kepada yang bukan waris ataupun waris yang mereka rasa lebih memerlukan aset tersebut berbanding waris-waris lain.
Contohnya, pasangan suami isteri yang mempunyai anak-anak perempuan sahaja dan ibu bapa kepada suami telahpun lama meninggal dunia, dan suami mempunyai 5 orang adik beradik. Rumah yang mereka duduk adalah atas nama suami dan hasrat suami adalah untuk memastikan bahawa rumah yang mereka duduki itu diberikan kepada isteri, kerana isteri tidak berkerja dan anak-anak mereka masih kecil lagi.
Dalam keadaan tiada perancangan harta pusaka, hak milik rumah tersebut akan dibahagikan mengikut Hukum Faraid, di mana isteri perlu berkongsi hak rumah dengan adik beradik si suami. Jadi, untuk memastikan isteri dapat hak sepenuh rumah tersebut, si suami perlu sediakan dokumen hibah.
Siapa yang Perlukan HIBAH?
Selepas kita faham apakah itu Hibah, jom kita mengenalpasti golongan kritikal yang memerlukan HIBAH:
- Pasangan yang ada rumah atas 2 nama (Joint Name suami dan isteri)
- Pasangan yang belum ada anak / tiada anak
- Pasangan yang tiada anak lelaki (ada anak perempuan sahaja)
- Pasangan yang ada anak angkat (bukan waris)
- Muallaf yang ingin memberi harta pusaka kepada keluarga bukan beragama Islam
- Lelaki yang berpoligami
- Individu bujang yang tidak berkahwin / tiada waris
Sesiapa yang ingin tahu lanjut mengenai HIBAH, sila hubungi Perunding ERA ADVISORY.