Kita sering dilandai berita di mana kemalangan jalan raya yang menimpa keluarga, di mana kedua-dua ibu bapa meninggal dunia dan tinggalkan anak-anak yang masih kecil, dan bawah umur.
Agaknya, siapa yang sudi mengambil alih tugas ibu bapa mereka untuk menjaga dan menyara mereka? Tugas menjaga anak – anak ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan tanggungjawab yang besar serta pengorbanan tenaga dan wang ringgit.
Jika ini berlaku kepada kita, sudahkah kita telah membuat perancangan dan persediaan untuk anak-anak agar mereka dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan yang baik dan kebajikan mereka tidak terabai?
Yang pasti anak-anak kita yang masih di bawah umur perlukan tempat perlindungan yang selamat dan dalam keadaan yang baik. Penjaga diri serta Penjaga Harta yang dipercayai, bantuan untuk meneruskan hidup serta pelajaran mereka.
Anak-anak perlukan seseorang yang amanah untuk menguruskan harta pusaka yang bakal mereka warisi kelak serta sokongan dan bantuan jika mereka ditinggalkan dalam keadaan kurang baik.
Justeru itu, ibu bapa yang mempunyai anak bawah umur perlu bersedia dan buat perancangan seperti yang dinyatakan dibawah agar kebajikan anak-anak :
1. Menulis Wasiat segera
Mengapa ? – kerana dokumen wasiat adalah satu-satunya dokumen yang akan bercakap bagi pihak kita selepas kita meninggal dunia.
la juga boleh menjamin don memelihara hak anak-anak yatim serta mengelakkan pihak-pihak tertentu memakan harta batil dan membuat dosa kerana mengambil harta dengan cara yang tidak sepatutnya.
Sewaktu merangka wasiat, elemen penting adalah Perlantikan WASI dan Perlantikan PENJAGA HARTA.

Antara Kriteria / Perkara- perkara penting berikut rmestilah diambil kira:
- Melantik WASI yang bertanggungjawab dan berkebolehan untuk mentadbir harta pusaka. Dengan ini, kerja-kerja pengurusan bagi pengumpulan aset, pencairan aset, penyelesaian hutang dunia dan akhirat serta pengagihan harta depat dilakukan dengan segera.
- Melantik PENJAGA HARTA yang amanah don bertanggungjawab untuk memegang dan menguruskan harta yang bakal diwarisi oleh anak-anak bawah umur. Dimana penjaga perlulah menguruskannya dengan amanah untuk kebajikan anak-anak tersebut sehingga mereka berusia 18 tahun. Pewasiat juga boleh memberikan arahan khusus kepada penjaga tentang cara menguruskan harta yang diwarisi oleh anak-anak semasa tempoh jagaan.
- Menyenaraikan liabilti serta harta yang sedia ada untuk memudahkan1 urusan Wasi membuat pentadbiran
- Menyatakan hasrat pengagihan
- Digalakkan untuk memperuntukan tidak melebihi l/3 daripada harta untuk tujuan amal jariah atau wakaf sebagai saham akhirat. Boleh juga diberikan kepada benefisiari selain daripada waris faraid seperti anak angkat, ahli keluarga yang bukan beragama Islam.
- Tinggalkan pesanan dan amanat terakhir dan nasihat yang baik kepada waris-waris.
2. Membentuk Amanah
Bagi harta tunai dan sijil Takaful atau polisi lnsurans. Melalui pembentukan amanah ini kita boleh melantik pemegang amanah yang jujur, amanah serta berwibawa untuk memegang dan menguruskan harta-harta amanah mengikut terma syarat yang kita tentukan.
Ia juga akan menentukan bahagian yang akan diterima oleh setiap benefisiari mengikut peratus yang kita tentukan.
Dengan mengambil langkah -langkah di atas, harta-harta amanah tersebut tidak akan terbeku selepas kematian pemiliknya kerana diuruskan oleh pemegang amanah malah ia juga tidak tertakluk kepada hukum Faraid dan ia bukan pusaka.
Malah Harta Amanah tersebut boleh digunakan sebagai sumber utama dengan cepat untuk kegunaan anak-anak yang ditinggalkan bagi tujuan saraan hidup, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.

Melantik Penjaga Harta dan Pemegang Amanah yang tepat, betul, bersifat jujur dan amanah serta berwibawa adalah amat penting kerana mereka akan mengambil alih tugas ibu bapa serta memikul tugas dan tanggungjawab yang berat untuk memastikan segala hak dan kebajikan anak anak yatim terpelihara.
Tugas dan tanggungjawab mereka disebut oleh Allah di dalam surah An Nisa ayat 2 seperti berikut:
Firman Allah bermaksud “berikanlah kepada anak-anak yatim yang telah baligh harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka dengan menghimpunkannya dengan harta kamu kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah dosa besar“