“Adakah adik beradik saya Waris Faraid saya?”

“Adakah anak angkat berhad menuntut harta pusaka arwah bapa?”

 “Adakah isteri yang dikahwini di luar Malaysia berhak menuntut harta pusaka si suami?”
 

JOM Kenalpasti siapakah WARIS FARAID anda !

Kriteria utama dalam mengenalpasti Waris Farid adalah – Mereka yang mempunyai PERTALIAN DARAH atau IKATAN PERKAHWINAN yang SAH. Golongan ini berhak mewarisi dan menuntut pusaka dengan syarat mereka masih hidup semasa kematian pemilik harta.

SIAPAKAH AHLI – AHLI WARIS SAYA ?

Overall, terdapat 23 ahli keluarga yang berpotensi dan layak jadi waris untuk mewarisi pusaka si mati atas faktor pertalian darah dan atas faktor perkahwinan. Ianya termasuklah 14 ahli lelaki dan 9 ahli perempuan :

Ahli Waris Lelaki yang berpotensi menjadi Waris :

  1. Suami
  2. Bapa
  3. Anak lelaki
  4. Datuk (sebelah bapa)
  5. Cucu Lelaki (daripada anak lelaki)
  6. Saudara Lelaki (Seibu dan Sebapa)
  7. Saudara Lelaki Sebapa
  8. Suadara Lelaki Seibu
  9. Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Seibu & Sebapa
  10. Anak Lelaki kepada Saudara Lelaki Sebapa
  11. Bapa Saudara Seibu dan Sebapa (Sebelah Bapa)
  12. Bapa Saudara Sebapa (Sebelah Bapa)
  13. Anak Lelaki Kepada Bapa Saudara Seibu Sebapa (Sebelah Bapa)
  14. Anak Lelaki Kepada Bapa Saudara Sebapa (Sebelah Bapa)
Siapakah Waris Faraid Saya?
Ahli Waris Perempuan yang berpotensi menjadi Waris :
  1. Isteri (Isteri-Isteri)
  2. Ibu
  3. Anak Perempuan
  4. Nenek (sebelah ibu)
  5. Nenek (sebelah bapa)
  6. Cucu Perempuan daripada anak lelaki
  7. Saudara Perempuan Seibu dan Sebapa
  8. Saudara Perempuan Sebapa
  9. Saudara Perempuan Seibu
Ahli Waris Perempuan yang berpotensi menjadi Waris :
  1. Isteri (Isteri-Isteri)
  2. Ibu
  3. Anak Perempuan
  4. Nenek (sebelah ibu)
  5. Nenek (sebelah bapa)
  6. Cucu Perempuan daripada anak lelaki
  7. Saudara Perempuan Seibu dan Sebapa
  8. Saudara Perempuan Sebapa
  9. Saudara Perempuan Seibu
“Adakah adik beradik saya Waris Faraid saya?” “Adakah anak angkat berhad Read more