Boleh Tak Tulis Wasiat Sendiri



Category : Estate Planning

Hari ini, ada client tanya “Boleh tak saya tulis wasiat sendiri, tanpa melalui Syarikat mana-mana?” Ini bukan kali pertama admin ditanyakan soalan ini, padahal, pernah beberapa kali ditanyakan “Kalau saya tulis wasiat sendiri pakai kertas dan pen dan kemudian simpan sendiri, boleh ke?” , ” Mesti kah melalui syarikat amanah untuk sediakan wasiat saya” … inilah antara soalan-soalan yang pernah ditanya.

 

 

HENDAK TULIS WASIAT SENDIRI, TANPA MELALUI SYARIKAT AMANAH?

 

Untuk mereka yang ingin menulis wasiat sendiri, tanpa melalui syarikat amanah, atau tanpa melalui wakil / ejen / perancang harta pusaka, anda boleh berbuat demikian jika anda:

 

  • ada KEPAKARAN mengenai undang-undang dan familiar dengan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam dokumen wasiat yang diperlukan oleh pihak mahkamah. Ini adalah untuk memastikan dokumen yang ditulis sendiri tidak bertambah rumit semasa proses pentadbiran dan membazir masa.

 

  • sanggup mengambil RISIKO dokumen wasiat yang ditulis sendiri itu kalau dicabar oleh mana-mana pihak atau waris. Dengan tiada pengesahan oleh mana-mana pihak berkuasa, dokumen yang berkemungkinan tidak menepati kriteria boleh dicabar. Keadaan ini akan merumitkan keadaan, mencetus pergaduhan dan mengakibatkan kos yang tidak diingini.
    sanggup menghadapi RISIKO di mana waris masing-masing mengeluarkan salinan dokumen wasiat yang di-claim bahawa salinan mereka adalah tulisan arwah. Siapa yang boleh membuktikan kebenaran dan mana satukah dokumen yang original?

 

  • memastikan DOKUMEN WASIAT BERADA DALAM KEADAAN YANG BAIK, jelas, tidak terkoyak, tidak basah atau dirosakkan oleh serangga.

 

PRO & CONS TULIS WASIAT SENDIRI

 

Hendak tulis Wasiat Sendiri? cuba ambil masa untuk faham betul-betul kelebihan dan kelemahan jika anda tulis wasiat sendiri. Juga, dalam hal perancangan harta pusaka, terdapat pelbagai instrumen termasuklah wasiat, hibah, harta sepencarian, amanah, wakaf dan sebagainya. Anda perlu faham betul-betul fungsi bagi setiap instrument tersebut dan kenalpasti instrumen manakah yang sesuai untuk keadaan dan keperluan anda.

 

KELEBIHAN :

  • Free ! Since tulis sendiri, so PERCUMA, tidak perlu bayar kepada mana-mana pihak
  • Boleh ubah / update bila-bila masa (semasa hidup), tanpa sebarang caj

KELEMAHAN :

  • Ambil masa yang panjang untuk menulis dan memastikan isi kandungan mengikut kriteria yang diperlukan oleh pihak berkuasa, dan menepati hukum syariah

 

  • Perlu memastikan dokumen sentiasa disimpan dalam keadaan yang selamat, kering, baik dan tidak hilang. Pastikan pen atau dakwat yang digunakan tidak hilang warna atau kabur apabila dokumen diperlukan

 

  • Pewasiat perlu dapatkan Saksi-Saksi yang sah dan layak untuk mengesahkan sesi tanda tangan (Signing) dokumen

Untuk mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan penyediaan dokumen wasiat anda, sila hubungi https://www.eraadvisory.com.my

 

Hari ini, ada client tanya “Boleh tak saya tulis wasiat sendiri, tanpa melalui Syarikat Read more